Monday, March 6, 2017

Siri Bercakap Dengan Jin

Jilid 8(118) : Kene Serbuk Tulang

Saya tergamam, bila melihat datuk agak terkejut. Datuk terus mengerutkan dahinya, saya kira datuk seperti keberatan untuk memenuhi permintaan Haji Taslim nSingsari.
"Bila haji nak pergi?"
"Tiga empat hari lagi."
Datuk menyentuh uujung kening kirinya dengan jari telunkuk kanan. Haji Taslim Singasari menggaru-garu pangkal telinganya yang tidak gatal. Ekor matanya masih tertumpu kea rah saya.
"Begini haji."
Haji Taslim SIngasari segera memalingkan wajahnya ke arah datuk. Mereka bertukar senyuman untuk seketika.
"Apa dia?" Soal Haji Taslim Singasari .
"Kalau begitu, biar saya balik ke kampung dulu. Dah lama sangat saya tinggalkan orang rumah"
"Dah tua-tua begini rindu lagi ke?" Usik Haji Taslim SIngasari seiring dengan ketawa sinis.
"Bukan apa-apa, adat bersuami bertanggungjawab pada makan minum isteri, kesihatannya juga perlu diperhatikan. Hidup jangan mementingkan diri sendiri, tak mahu memikirkan kebajikan isteri, itu bukan suamai yang baik," tutur datuk. Saya lihat Haji Tasli Singasari menganggukkan kepala.
"Cakap awak tu betul, kita harus menjadi suami yang baik mengikut hukum hakam Islam," Haji Taslim SIngasari memberikan semangat.
"Hajat tu memang begitu" celah datuk.
"saya tak menghalang, terpulanglah kepada awak. Saya sedia menanti awak" itulah kata-kata yang datuk nantikan dari Haji Taslim SIngasari.
"Awak ikhlas ke Haji?"
"Saya ikhlas"
"Ke mana kita nak pergi sebenarnya Haji, boleh tak awak beritahu tujuan sebenarnya Haji nak mengajak saya ke situ, bila orang kampung bertanya, senang saya nak menjawabnya," tutur datuk dengan tenang.
Lagi sekali saya lihat Haji Taslim Singasari tersenyum sinis.
"Awak ni selalu menggunakan nama orang rumah, katakan saja awak yang nak tahu," dalam senyum Haji Taslim Singasari menyindir datuk.
"Dua-dua boleh pakai" sahut datuk.
"Begini," Haji Taslim mengemaskan silanya, " saya ajak ke kampung saya supaya awak boleh berkenalan dengan orang tempat saya"
"Itu saja," wajah datuk Nampak kesal. Haji Taslim dapat membaca apa yang tersirat dalam hati datuk dan dia terus bersuara lagi.
"Kita pergi sebuah kampung yang aneh, saya nak ajak awak tangkap hantu hidup-hidup"
"Awak ni cakap betul atau nak bergurau dengan saya" datuk minta kepastian. Saya juga terkejut mendengar cakap Haji Taslim itu.
"Saya tak bergurau, saya tak berbohong," Haji Taslim memperlihatkan kesungguhannya. Saya dan datuk saling berpandangan.
"Hantu apa yang nak ditangkap?" datuk tatap wajah Haji Taslim. Begitu juga dengan saya.
"Nak tangkap hantu susu"
Saya jegilkan mata bila mendengar Haji Taslim. Entah mengapa secara mendadak saja bulu roma saya terus berdiri.
"Hei, macam cerita budak-budak je" kali ini giliran datuk tersenyum sinis kearah Haji Taslim. Ternyata Haji Taslim kurang senang dengan kata-kata yang diluahkan datuk.
"Benar kawan, sudah dua tiga orang dah menyampaikan cerita tu pada saya. Khabarnya cerita tu dah tersebar luas seluruh pulau ini. Saya sendiri belum dapat menentukansejauh mana benarnya cerita tersebut," Haji Taslim merenung muka datuk. Say lihat datuk masih lagi tersenyum sinis, mungkin datuk berfikir, mana ada hantu susu dalam dunia yang serba moden ini.
Beberapa saat yang panjang, tiada ungkapan kata yang lahir dari kelopak bibir kami. Suasana terasa amat sepi sekali. Bunyi deru angn di luar tidak seganas tadi.
Suara lolongan anjing kadang-kadang tenggelam. Begitu juga dengan suara burung hantu. Tubuh, saya peluk erat-erat dan dagu saya menggeletar menahan kedinginan malam yang kian tua.
"agaknya perkara yang sebutkan ini ada kaitan dengan sahabat awak yang mati tu?" datuk ajukan pertanyaan kepada Haji Taslim.
Saya lihat Haji Taslim menegakkan badannya. Dia terus menggelengkan kepala. Tidak mahu menjawab pertanyaan datuk.
"Kalua bukan dirinya, boleh jadi anak muridnya" datuk terus memancing jawapan dari Haji Taslim. Dia menarik nafas dalam-dalam. Melihat dari gerak geri air mukanya, Haji Taslim seperti bersetuju dengan apa yang datuk tuturkan. Jerat datuk mengena, fikir saya dalam hati.
"Setahu saya, semasa dia menuntut dulu, tak pernah dia bercerita yang dia menuntut ilmu yang semacam itu." Tanpa saya duga Haji Taslim mahu membuka mulut. Dia bangun lalu melangkah ke jendela. Daun jendela dibukanya luas-luas. Saya menjadi cemas, takut perkara buruk berulang lagi. Haji Taslim menatap kegelapan malam seketika.
Daun jendela dirapatkan kembali. Dengan tenang Haji Taslim melangkah kearah saya dan duduk bersila di atas lantai.
"Agaknya dia memang menuntut, tapi tak beritahu awak. Kalau diberitahu awak, nanti awak melarang dia," kata datuk.
"Boleh jadi cakap awak betul." Balas Haji Taslim dengan tenang, "Boleh jadi ada orang lain yang mengamalkan ilmu itu" tambahnya.
Kata-kata yang diluahkan oleh Haji Taslimmmebuat keraguan bersarang dalam dada saya. Dia masih melindungi dan mempertahankan arwah sahabatnya.
Saya menelan air liur dan membuat rumusan yang Haji Taslim perlu diawasi dengan cermat. Mana tahu, dalam diam-diam dia akan menjadi pemusnah pada diri saya dan datuk.
"Orang yang sudah tiada, usah dikaitkan dengan kejahatan di kulit dunia," tutur Haji Taslim lagi, memperkuatkan keraguan dalam hati saya.
"Saya tidak berniat buruk terhadap arwah, saya cuma meluahkan pendapat dan pandangan aje," datuk bertindak membersihkan dirinya dengan span. Semoga tidak ada tanggapan buruk haji Taslim terhadap dirinya.
"say faham, awak bercakap sekadar ingat-mengingati," Haji Taslim terus menepuk bahu kanan datuk.
"Cakap awak tu memang ada manfaatya. Kena fikir bersama, barangkali ada kebenarannya." Haji Taslim menggeliat dan akhirnya memicit ibu jari kaki kanannya.
"Pada hemat saya, setiap perkara buruk mesti ditentang, terutaman yang mnyesatkan iman," cetus datuk dengan cara mendadak saja.
"Betul, memang betul," Haji Taslim menjengilkan matanya ke ara h datuk.
"Tapi kerja macam tu tak mudah, banyak cabaranya, Haji," tingkah datuk sambil meraba hujung dagunya. Say terdengar sesuatu di tingkap. Mata pun saya arahkan ke situ.
Tak ada apa-apa, Cuma angin saja, kamu cepat sangat takut", Haji Taslim menujukan kata-kata kepada saya, rupa-rupanya dia dapat membaca apa yang tersirat dalam dada saya.
"Apa yang awak katakan tadi, cuba ulang sekali lagi," Haji Taslim mengarahkan jari telunjuknya ke arah datuk.
"Banyak cabarannya, bukan kerja mudah", ulang datuk lagi.
"Ya, sebab itulah kita memrlukan kawan yang berilmu. Dua ilmu dari dua kawan, kita satukan untuk menentang kejahatan, saya memang memerlukan awak dalam hal ni," wajah Haji Taslim Nampak riang sekali.
"Saya tak sehebat mana, Haji. Kalau Allah mengizinkan, jadilah ia. Kalau tidak, hampa melayang," datuk tetap macam selalu, suka merendah diri.
"Sudah lah tu, hidup kalau terlalu merendah diri, ti dak juga baik. Sekarang saya dah terangkan tujuan sebenar. Senanglah awak bercakap dengan orang rumah."
"Nampaknya begitulah Haji," sanggah datuk. Mereka berbalas ketawa, dan ketawa mereka berhenti secara mengejut.
Biji mata mereka tertumpu kea rah tingkap yang terbuka sendiri.
BESAR
Ada lengan sebesar batang kelapa terjulur di tingkap. Jumlah jari cuma empat sahaja. Ibu jarinya bengkok macam ibu kunyit. Semua jejari itu berbulu dan dilekati tanah warna kekuningan.
Di lengan itu penuh dengan bulu berwarna hitam, tidak ubah seperti lengan mawas (king kong), terdengar bunyi orang menarik dan melepaskan nafas dalam keadaan yang amat penat. Rumah yang kami duduki terasa bergegar. Seluruh tubuh saya menggeletar.
"Syaitan apa tu Haji?"
"Sudah lama dia tak datang, kenapa malam ni dia datang" Haji Taslim seperti merungut. Datuk merenung kea rah anak mata saya, dari renungannya, bagai ada sesuatu yang mahu disampaikan kepada saya.
"Makhluk peliharaan awak, Haji?"
"Rasanya iman saya belum tergugat lagi."
"Jadi, dia datang ni untuk siapa?" tingkah datuk
Haji Taslim mempamerkan kemarahan di wajah. Hatinya kurang senang dengan pertanyaan yang bertalu-talu.
"Saya tak mahu menjawab pertanyaan awak, cari sendiri jawapannya" nada suara Haji Taslim mula meninggi. Dia genggam penumbuk. Matanya tertumpu kea rah lengan yang sedang bergerak ke sana ke mari atas bendul tingkap. Jejarinya sekejpa terbuka sekejap tertutup.
"Peliharaan arwah, Haji?"
Haji Taslim mengangukkan kepala.
"Masa arwah ada, kerap dia datang"
Haji Taslim mengangukkan kepala.
"Minta makanan," soal datuk lagi.
Tiada jawapan dari Haji Taslim kecuali anggukan kepala.
Mungkin bosan dengan Haji Taslim yang main angguk-angguk kepala saja, datuk terus berhenti bertanya. Matanya ditumpukan kepada lengan di bendul tingkap. Saya ikut apa yang datuk lakukan. Dari hujung jari jemari itu, darah keluar lalu menitik ke atas lantai.
Anehnya apabila saya merenung ke tempat darah itu menitik, tidak ada kesan darah. Entah ke mana darah itu menghilang. Mustahil meresap ke dalam papan lantai. Kelopak mata Haji taslim tidak berkelip merenung kea rah tangan berbulu yang bergerak bebas di atas bendul tingkap. Bunyi hembusan nafas bertambah kuat dan hebat.
Saya menjadi resah. Tetapi rasa takut agak berkurangan keranan datuk ada di sisi saya. Lolongan anjing yang tadi jarang kedengaran, kini sudah bertalu-talu, begitu juga dengan suara burung hantu yang bersorak, deruan angin mula kedengaran.
"masa arwah hidup dulu, dia beri makan darah binatang?" soal datuk pada Haji Taslim. Jawapan yang diperolehi ialah anggukan.
"Darah ayam"
Haji Taslim mengangguk.
"Darah manusia,"
Angguk juga yang diperolehi.
"Pernah beri darahnya sendiri yang dikeluarkan dari salah satu urat di bawah ketiak," sambung datuk. Macam tadi juga, tidak sepatah kata keluar dari mulut Haji Taslim. Dia terus main angguk kepala, macam belatuk patuk batang buruk.
Rumah bergegar lagi seperti digoncang sesuatu. Suara orang ketawa dan mengilai mulai kedengaran. Haji Taslim ubah tumpuan kearah datuk.

(Bersambung...)

No comments: